Minum petang ala British di Dorchester

Minum petang ala British di Dorchester

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Hotel Empire & Country Club, Jerudong ketika ini mengadakan promosi Minum Petang Tradisi British ‘The Dorchester’ yang telah bermula 1 Oktober lalu hingga 23 Oktober ini.

Sejak dibuka pada tahun 1931, The Dorchester menyediakan minum petang yang terbaik di London dan kini boleh dinikmati di Lobi Hotel Empire & Country Club, Jerudong.

Pada harga yang agak berpatutan, pelanggan boleh menikmati hidangan teh dan kopi unik warisan British yang antaranya hanya boleh dinikmati di United Kingdom. Tambahan lagi, pelanggan boleh menikmati hidangan Brownie ringan, roti pendek Scottish, kek pisang, Makarun dan kek limau.Pelanggan juga akan dikejutkan hidangan popular di Dorchester seperti skon dengan jem strawberi dan krim English Cotted dan Chocolate Mousse menggunakan kacang Tonka yang disediakan khas oleh cef didatangkan dari The Dorchester, London.

Menurut Pengurus The Dorchester, Richard Spears, sepanjang promosi tiga hari ini, mereka telah berjaya membawa lebih 400 orang pelanggan ke Hotel Empire & Country Club dan dengan adanya promosi ini, pelanggan akan boleh merasakan sendiri hidangan minum petang The Dorchester di Brunei Darussalam sambil memberitahu yang lain akan keberadaan mereka di sini hingga akhir bulan ini nanti.

Antara  hidangan  istimewa dari The Dorchester seperti skon dengan jem strawberi, krim English Cotted  dan Chocolate Mousse menggunakan kacang Tonka di Hotel Empire & Country Club.
Antara hidangan istimewa dari The Dorchester seperti skon dengan jem strawberi, krim English Cotted dan Chocolate Mousse menggunakan kacang Tonka di Hotel Empire & Country Club.