Minyak angin Kak Pah menyerap ke pasaran antarabangsa

Minyak angin Kak Pah menyerap ke pasaran antarabangsa

BATU KAWAN, 8 Julai – Kak Pah atau nama sebenarnya Sharifah Samariah Syed Ahmad, 54, yang dahulunya membenci penjual ubat tidak menyangka beliau sendiri akhirnya menjadi usahawan minyak angin yang produknya berupaya menembusi pasaran antarabangsa.

Beliau yang kini tinggal di Batu Kawan, Seberang Perai dan memiliki kilang memproses ubat tradisional berkata minyak anginnya berupaya memasuki pasaran China, Vietnam, Filipina, Kemboja, Indonesia dan Thailand.

Kini selaku pengarah urusan syarikatnya, beliau berkata sikap negatifnya terhadap penjual ubat berubah apabila suaminya Mohd Ali Abdullah, 61, mengajaknya menjual ubat selepas beliau tidak lagi membenarkan suaminya bekerja sebagai pemandu lori.

“Suami saya kata dia boleh buat minyak angin sebab dia pernah belajar daripada ayahnya. Saya kata kalau nak cuba kita cubalah. Lalu kami bertawakal buat minyak angin,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dengan hanya bermodalkan RM32, mereka membeli bahan untuk menghasilkan minyak angin di rumah sewa mereka yang pelanggan pertama mereka ialah pemilik rumah sewa mereka sendiri yang ketika itu terseliuh tangan dan bengkak. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA