Minyak di Asia didagangkan hampir AS$42

Minyak di Asia didagangkan hampir AS$42

SINGAPURA, 27 Nov (AFP) – Harga minyak didagangkan hampir AS$42 di Asia hari ini ketika pasaran AS berehat sekejap bagi hari kesyukuran dan Rusia menolak serangan tentera ke atas Turki bagi penembakan jatuh salah sebuah kapal terbang perangnya.

Pada jam 6:15 petang, tanda aras AS West Texas Intermediate bagi penghantaran Januari 55 sen lebih rendah pada AS$42.29 dan minyak mentah Brent jatuh 15 sen kepada AS$45.31. Sebelum pasaran AS bercuti, Jabatan Tenaga AS mengeluarkan data yang menunjukkan bekalan minyak mentah komersial negara dalam tempoh seminggu hingga 20 November meningkat perlahan, yang memberi sedikit kelegaan dari lebihan bekalan.

Laporan bahawa Rusia tidak mengambil tindakan ketenteraan ke atas Turki kerana penembakan jatuh salah sebuah jet pejuangnya di sempadan Syria juga mengurangkan kebimbangan bahawa situasi tegang di rantau itu mungkin menjadi-jadi dan mengganggu bekalan minyak.

Semalam Moscow berkata langkah tindakan balas akan menumpu pada penggunaan pengaruhnya untuk mengetatkan ekonomi Turki, termasuklah menghentikan projek bersama ekonomi, mengetatkan kewangan dan transaksi perdagangan dan mengubah duti kastam.

Dengan bekalan minyak mentah sejagat masih mengatasi permintaan, para peniaga menantikan rundingan kumpulan negara-negara pengeluar minyak, OPEC bulan depan untuk melihat jika ia mengurangkan tahap pengeluaran tinggi.

Para peniaga akan juga mengawasi rundingan bulan Disember bank pusat AS, yang mana para penggubal dasar dijangka menarik balik kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh hampir sedekad.

ARTIKEL YANG SAMA