Minyak di Asia meningkat

Minyak di Asia meningkat

SINGAPURA, 1 Okt (AFP) – Harga minyak meningkat di Asia hari ini, mencecah melebihi $45 setong ekoran satu kemerosotan dalam penghasilan minyak mentah AS, tetapi kebimbangan mengenai lebihan bekalan global dan permintaan lemah terus menyekat pemerolehan.

Angka rasmi menunjukkan sektor pengeluaran China mengecut untuk bulan kedua berturut-turut pada September, memaparkan cabaran yang dihadapi oleh ekonomi kedua terbesar dunia.

Di Amerika Syarikat, laporan yang dilihat sebagai satu pengukur untuk permintaan minyak di ekonomi terbesar dunia menunjukkan inventori minyak mentah komersial meningkat sebanyak empat juta tong kepada 457.9 juta tong pada minggu berakhir 25 September.

Ia adalah 28 peratus lebih tinggi berbanding setahun lalu, mengekal inventori pada tahap yang tidak dilihat dalam sekurang-kurangnya 80 tahun untuk tempoh masa tahun ini, kata laporan Jabatan tenaga AS.

Satu pertambahan dalam inventori komersial menandakan permintaan lebih lembut.

Namun laporan juga menunjukkan pengeluaran minyak mentah AS merosot sebanyak 40,000 tong sehari kepada 9.096 juta tong sehari (bpd), yang merupakan berita positif untuk pasaran global yang berlebihan penawaran itu.

Sementara itu, pengeluaran daripada kumpulan pengeksport minyak OPEC berjumlah 32 juta bpd pada September, berkurangan daripada bulan sebelumnya namun masih melebihi kuotanya, kata Bloomberg News.

Dalam perniagaan pada petang di Asia, minyak West Texas Inetrmediate (WTI) untuk hantaran pada bulan November naik AS$0.60 sen kepada AS$45.69 dan minyak mentah Brent untuk November menambah AS$0.43 sen kepada AS$48.80 setong.

“Harga minyak masih mencecah julat penggabungan selama sebulan, dengan WTI terperangkap di antara AS$40-50, dan Brent dalam AS$45-55,” kata Bernard Aw, ahli strategi pasaran di IG Markets di Singapura.

“Isyarat bercampur mungkin bertindak sebagai kuasa dua hala ke atas harga minyak mentah, tatkala pengeluaran AS terus merosot sementara OPEC menghasilkan melebihi kuotanya sebanyak 30 juta sehari untuk bulan ke-16 pada September.”

Aw berkata peniaga juga akan menerima implikasi data pengeluaran dari China yang dikeluarkan hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA