Minyak di paras AS$50 setong

Minyak di paras AS$50 setong

SINGAPURA, 8 Jun – Harga minyak di Asia berada di atas AS$50 hari ini sebagai pedagang menantikan data inventori AS, di mana nilai dolar masih kekal lemah, meningkatkan lagi permintaan bagi komoditi itu.

“Harga minyak mentah WTI ditutup di atas kadar AS$50 untuk kali pertama dalam tempoh lapan bulan, disebabkan oleh peningkatan yang agak baik dalam saham tenaga,” Kata seorang penganalisis di CMC Markets di Singapura, Margaret Yang.

Pasaran menjangkakan kadar inventori minyak mentah mingguan Jabatan Tenaga turun lagi selepas kerugian baru-baru ini, dengan kejatuhan jangkaan sebanyak 3.25 juta tong, katanya dalam satu kenyataan.

Pada 0400 GMT, penanda aras US West Texas Intermediate (WTI) untuk bulan Julai penghantaran naik 11 sen pada AS$50,47 setong manakala Brent North Sea untuk penghantaran Ogos naik tiga sen pada AS$51,47.

Minyak telah dilihat menaik secara dramatik sejak ia jatuh ke paras terendah dalam sejarah pada Januari dan Februari, di mana ia merundum sehingga hampir AS$25, harga yang tidak dilihat sejak 2003.

Tetapi komoditi itu masih jauh dari puncak lebih daripada AS$100 pada pertengahan 2014, sebelum kelembapan ekonomi dan bekalan lebihan pada bulan September.

Dolar AS yang lemah adalah faktor utama dalam kenaikan harga minyak baru-baru ini. Ketua Rizab Persekutuan, Janet Yellen berkata Isnin lalu di sebalik laporan kerja yang lemah, ekonomi Amerika Syarikat berada di landasan ke arah pemulihan, dan sebarang kenaikan dalam kos pinjaman bergerak secara beransur-ansur.

Pengeluaran minyak mentah juga te-lah terjejas beberapa minggu lalu oleh kebakaran hutan di Kanada dan kekacauan di Nigeria, menyebabkan kegagalan bagi kelancaran pengeluaran minyak utama dunia. – AFP