Minyak jatuh ke paras terendah

Minyak jatuh ke paras terendah

SINGAPURA, 18 Jan – Harga minyak mencecah paras paling rendah sejak 2003 pada awal dagangan hari ini kerana pasaran bersiap sedia menghadapi peningkatan dalam eksport Iran selepas penamatan sekatan terhadap negara itu pada hujung minggu.

Sabtu lalu, badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan Tehran sudah memenuhi komitmennya untuk menyekat program nuklearnya, dan Amerika Syarikat (AS) serta-merta membatalkan sekatan yang mengurangkan eksport minyak anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kira-kira dua juta tong sehari (bpd) daripada kemuncaknya iaitu sedikit melebihi sejuta juta tong sehari sejak pra-sekatan mereka pada tahun 2011.

“Iran kini bebas untuk menjual minyak sebanyak ia mahu kepada sesiapa saja yang ia suka pada apa juga harga yang ia boleh dapat,” kata Richard Nephew, pengarah program untuk tataurus Ekonomi, Sekatan dan Pasaran Tenaga di Pusat Universiti Columbia mengenai Dasar Tenaga Global.

“Iran bersedia untuk meningkatkan eksport mentah sebanyak 500,000 tong sehari” kata timbalan menteri minyaknya, semalam. Brent mentah antarabangsa jatuh kepada A$27.67 setong awal pada ini, terendah sejak 2003, sebelum pulih kepada AS$28.25 pada 0103 GMT, masih turun lebih daripada dua peratus pada penutup Jumaat lalu.

Sebuah bot (depan) dilihat melewati sebuah kapal tangki (belakang) berlabuh bersebelahan kilang pena-pisan minyak di pulau Bukom, luar Singapura. - AFP
Sebuah bot (depan) dilihat melewati sebuah kapal tangki (belakang) berlabuh bersebelahan kilang pena-pisan minyak di pulau Bukom, luar Singapura. – AFP

Minyak mentah AS susut 58 sen pada AS$28.84 setong selepas mencecah paras terendah tahun 2003 sebanyak AS$28.36 pada awal sesi.

“Penghapusan sekatan ke atas Iran akan menyaksikan tekanan ke arah menurun selanjutnya untuk minyak dan komoditi yang lebih meluas dalam jangka pendek,” kata ANZ pada hari Isnin.

“Iran mungkin melakukan strategi menawarkan diskaun untuk menarik pelanggan yang mana itu boleh menyebabkan tekanan ke arah menurun selanjutnya terhadap harga minyak dalam tempoh terdekat,” tambahnya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA