Minyak mentah kekal pada harga AS$50

Minyak mentah kekal pada harga AS$50

SINGAPURA, 18 Mei (AFP) – Harga minyak mentah mencecah tahap tinggi baru 2016 dalam pergerakannya untuk mencecah AS$50 di Asia hari ini, didorong oleh kebakaran hutan di rantau pasir minyak Kanada dan harapan penyelesaian dalam kemelut bekalan global.

Harga naik pada minggu ini selepas syarikat perbankan AS Goldman Sachs berkata gangguan bekalan di pengeluar minyak terbesar Afrika Nigeria serta permintaan yang lebih baik telah mewujudkan deficit jangka pendek yang mengejutkan.

Ia menggambarkan keadaan di Nigeria sebagai “sistemik” dan pengeluaran di negara itu mungkin tetap terkawal sehingga akhir tahun.

Pada kira-kira 0700 GMT, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada Jun naik lapan sen, atau 0.17 peratus, kepada AS$48.39 satu tong. Brent untuk hantaran pada Julai meningkat lima sen, atau 0.10 peratus kepada AS$49.33, sekitar tahap tertingginya sejak Oktober.

Penganalisis Pasaran IG Bernard Aw berkata peniaga merasa “lebih positif” selepas laporan Goldman Sachs.

“Berdasarkan laporan, permintaan mulai mengatasi bekalan. Sentimen sedang berpulih dan mungkin harga akan melebihi AS$50 dalam tempoh beberapa minggu akan datang, dengan syarat dolar tidak bertambah kukuh seterusnya,” beritahunya kepada AFP.

“Peniaga fikir keadaan di Kanada mungkin berlarutan lebih lama daripada dijangka. Jika kebakaran hutan merosakkan infrastruktur, ia mungkin menangguhkan pengeluaran lebih lama,” tambah beliau. Kebakaran di sekitar pusat pasir minyak Fort McMurray di Alberta, Kanada, telah meningkat, dengan kira-kira 8,000 pekerja diarahkan berpindah semalaman.

Kira-kira 100,000 penduduk dan pekerja minyak telah pun dipindahkan dari Fort McMurray dan kawasan sekitarnya dua minggu lalu.