Minyak mentah kembali kepada AS$49 setong

Minyak mentah kembali kepada AS$49 setong

SINGAPURA, 20 Mei (AFP) – Minyak mentah Brent kembali melonjak di atas AS$49 setong di Asia hari ini ketika harga minyak kembali semula meningkat selepas dolar kembal reda dan militan meletupkan satu lagi saluran paip di negeri pengeluar di Afrika, Nigeria.

Pemulihan yang melonjakkan harga minyak kepada siri-siri ketinggian 2016 sejak minggu lalu telah bernafas semula dalam tempoh dua hari lalu selepas minit-minit mesyuarat bulan April menunjukkan bahawa Fed AS membiarkan terbuka kenaikan kadar faedah pada Jun, yang mengakibatkan nilai dolar lebih tinggi.

Nilai dolar lebih kukuh mengakibatkan tekanan rendah pada minyak, ketika ia mengakibatkan komoditi dolar lebih mahal, yang mengehadkan permintaan dan mengakibatkan harga meleset.

Pada kira-kira pukul 6:15 pagi, tanda ras West Texas Intermediate AS bagi penghantaran bulan Jun meningkat 48 sen, atau 1.00 peratus pada AS$48.64 dan minyak mentah Brent bagi Julai melonjak 39 sen atau 0.80 peratus kepada AS$49.20.

Penganalisis berkata harga kembali semula meningkat sedikit selepas dolar turun dan ancaman gangguan bekalan kembali muncul ekoran pengeboman saluran paip gas milik anak syarikat Itali di Nigeria, Eni dalam serangan terbaru ke atas tapak minyak negara itu.

Sebelumnya, kumpulan militan bru dipanggil Niger Delta Avengers (NDA) melancarkan beberapa serangan ke atas saluran paip utama dan kemudahan yang dikendali oleh syarikat besar minyak Shell dan Chevron, yang menjejaskan penghasilan dalam ekonomi terbesar Afrika dan pengeluar minyak mentah utama.

ARTIKEL YANG SAMA