Minyak susut lagi di Asia

Minyak susut lagi di Asia

pg18_160225_c

SINGAPURA, 24 Feb (AFP) – Harga minyak susut lagi di Asia hari ini selepas ketua OPEC Arab Saudi menutup pintu pada pengurangan penghasilan untuk mengurangkan lebihan bekalan minyak mentah sejagat, dengan hanya menunjukkan pembekuan dalam penghasilan.

Para peniaga berhati-hati sebelum pendedahan data tentang simpanan minyak mentah komersial AS pada lewat hari ini yang telah meningkat selama beberapa minggu yang menunjukkan permintaan lebih lembut dalam pengguna tenaga tertinggi di dunia.

Pada pukul 6:40 pagi, tanda aras AS West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran April turun 67 sen, atau 2.10 peratus, pada AS$31.20 dan minyak mentah Brent bagi bulan April jatuh 44 sen, atau 1.32 peratus kepada AS$32.83 setong.

WTI jatuh 4.6 peratus dan Brent jatuh 4.1 peratus semalam.

“Kami berpendapat itu tidak dapat dielakkan bahawa harga minyak kembali di bawah pasaran AS$30 tidak lama lagi ketika bekalan terus mengatasi permintaan dan tahap inventori adalah sangat tinggi,” Jason Wong, pakar strategik matawang di Wellington di Bank of New Zealand berkata dalam e-mel kepada pelanggan, menurut Bloomberg.