Miocic tewaskan Overeem

Miocic tewaskan Overeem

CLEVELAND, 11 Sept – Juara heavyweight UFC, Stipe Miocic pulih selepas dijatuhkan pada pusingan pertama dan memberikan knockout kepada Alistair Overeem untuk menamatkan UFC 203 semalam.

Miocic menghadapi masalah selepas Overeem melepaskan tumbukan di dagu dengan tangan kiri. Overeem meletakkan Miocic dalam kesukaran dan cuba untuk menguncinya, tetapi Miocic dengan ketinggian 6 kaki 4 inci, 240 paun, berjaya melepaskan diri ketika penyokong tuan rumah, 20,000 orang memberikan sokongan dan melaungkan “Stee-pay, Stee-pay.”

Pada minit akhir pusingan itu, Miocic mengejutkan Overeem dengan tumbukan dan kemudian merebahkannya dan melepaskan empat tumbukan tangan kanan ke kepala pencabar itu dan menamatkannya.

Apabila pertarungan dihentikan. Miocic menaiki pagar oktagon dan memijak pagar bagi menunjukkan kemenangannya.

Miocic ketika diumumkan sebagai juara heavyweight UFC. – AP
Miocic ketika diumumkan sebagai juara heavyweight UFC. – AP

“Saya akan mengingati ini sepanjang hayat saya,” kata Miocic.

Overeem hampir menjejaskan banyak perkara bagi Miocic apabila dia merebahkannya dan cuba menamatkan pertarungan. Tetapi Miocic tidak dapat dinafikan dan terjejas apabila mengetahui bahawa Overeem merasakan dia mengaku kalah.

“Saya tidak ingat untuk mengaku kalah,” kata Miocic. “Saya ingat saya menumbuknya di muka sehingga dia tidak sedar.”- AP

ARTIKEL YANG SAMA