Misi angkasa berjaya

Misi angkasa berjaya

MOSCOW, 6 Julai (AFP) – Sebuah kapal kargo Rusia tanpa pemandu berjaya berlabuh dengan Stesen Angkasa Antarabangsa kelmarin berikutan beberapa cubaan pembekalan semula makmal orbital itu.

“Kapal pengangkut kargo ‘Progress M-28M’ telah berlabuh dengan segmen Rusia ISS pada 10.11 pagi waktu Moscow,” agensi angkasa negara Rusia berkata dalam satu keterangan.

Kapal tersebut membawa lebih 2,300 kilogram oksigen, minyak, makanan dan perkakasan saintifik, dan juga pakej peribadi untuk tiga krew antarabangsa.

Angkasawan Rusia Gennady Padalka dan Mikhail Kornienko dan angkasan Amerika Scott Kelly adalah sebahagian dari Ekspedisi 44 yang kini di ruang angkasa, yang akan disertai oleh tiga orang lagi bulan ini.

Komander Padalka dijadualkan pulang ke bumi pada November sementara Koenienko dan Kelly adalah sebahagian daripada misi jangka lama yang tidak akan pulang ke bumi sehingga bulan Mac tahun depan.

Kapal ‘Progress M-28M’ sebelum berlepas ke ruang angkasa. – AFP
Kapal ‘Progress M-28M’ sebelum berlepas ke ruang angkasa. – AFP

Krew melaporkan, “Terasa seperti Krismas pada bulan Julai,” menurut siaran dari Twitter rasmi ISS selepas ia berlabuh.

“Kali ketiga adalah satu pesona, menurut mereka,”Kelly ketawa di blog Twitter, merujuk kepada siri kemalangan yang melemahkan misi kargo sebelumnya.

Ketibaan ‘Progress’ datang selepas hanya seminggu kejadian letupan roket Falcon 9 yang dilancarkan oleh SpaceX yang sepatutnya menghantar kelengkapan berharga kepada kapsul ‘Dragon’ tanpa pemandu.

Pelancaran ‘Progress’ sebelumnya pada April juga berakhir buruk, di mana pusat kawalan Rusia hilang komunikasi dengan kapal tersebut dan tidak dapat berbuat apa-apa hanya melihat ia turun secara perlahan dan dihanguskan oleh atmosfera.

Tahun lepas juga menandakan kehilangan pengangkut kargo Cygnus AS, apabila roket ‘Antares’ meletup sejurus selepas berlepas pada Oktober.

NASA telah mengatakan ISS telah diisi penuh sehingga Oktober walaupun sebelum ‘the Progress’ datang, tetapi industri tersebut masih terasa trauma selepas tiga kemalangan berturut-turut.