Misi bagi pemulihan

Misi bagi pemulihan

QUITO, Ecuador, 22 April – Angka kematian akibat gempa bumi terburuk Ecuador dalam masa sedekad meningkat kepada sekurang-kurangnya 587 pada Khamis ketika ia berhadapan satu lagi masalah iaitu kos pembinaan semula yang menelan berbilion dolar.

Presiden Rafael Correa mengumumkan beliau akan menaikkan cukai jualan dan levi ke atas golongan jutawan untuk membantu membayar kos pemulihan semula negara itu.

Kemusnahan akibat gempa bumi berukuran 7.8 itu menambah kesengsaraan Ecuador berikutan kemelesetan ekonomi yang dirasakan kejatuhan harga minyak dunia.

Malah sebelum gempa bumi itu, Ecuador telah menghadapi kos penjimatan, dengan Tabung Kewangan Antarabangsa meramalkan ekonomi akan menurun sebanyak 4.5 peratus pada tahun ini.

Dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen malam Rabu lalu, Correa memberi amaran fasa pemulihan negara itu memakan masa panjang dan kos tinggi dan berkata masalah ekonomi tidak sepatutnya ditanggung komuniti paling teruk terjejas di sepanjang pantai negara itu.

“Saya sedar kita berada pada tahap paling sukar buat masa ini tetapi ia cuma satu permulaan,” katanya.

Pasukan penyelamat berterusan mengharungi runtuhan di bandar pesisiran pantai yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi itu, tetapi masa semakin suntuk untuk menemui mangsa terselamat. – AP