Misi balas dendam

Misi balas dendam

MADRID, 2 Okt (AFP) – Gergasi Sepanyol, Real Madrid membuat kunjungan singkat bertemu kelab tetangga, Atletico Madrid pada Ahad ini dalam usaha membalas dendam kekalahan memalukan 4-0 di Vicente Calderon, musim lalu.

Ia kekalahan terbesar Real pada pertembungan tetangga dalam tempoh 27 tahun yang menyaksikan Galaticos terpaksa melepaskan pemburuan kejuaraan La Liga.

Kekalahan itu turut membuka peluang buat musuh tradisi, Barcelona untuk merakam tiga gelaran musim termasuk Piala Raja Sepanyol dan trofi Liga Juara-Juara.

Pertahanan Real, Alvaro Arbeloa memanaskan pertembungan menarik La Liga itu minggu ini dengan menyifatkan pertemuan tetangga Madrid itu adalah perlawanan terbesar buat Atletico, musim ini.

“Kami tahu perlawanan Ahad ini sentiasa perlawanan terbesar buat Atletico tahun ini jadi kami perlu bermain dengan baik,” kata bekas pemain Liverpool itu.

Mario Mandzukic menanduk masuk gol keempat Atletico Madrid ketika membenam tetangga mereka Real 4-0 dalam aksi La Liga pada 8 Februari 2015. – AFP
Mario Mandzukic menanduk masuk gol keempat Atletico Madrid ketika membenam tetangga mereka Real 4-0 dalam aksi La Liga pada 8 Februari 2015. – AFP

Pada aksi Liga Juara-Juara awal minggu ini, Real menewaskan Malmo 2-0 dengan bintangnya, Cristiano Ronaldo meledak gol ke-501.

Gol yang dijaringkan Ronaldo turut menyamai rekod yang dipegang penjaring gol terbanyak Real sebelum ini, Raul Gonzalez dengan mengumpul 323.

Penyerang kelahiran Portugal itu juga pastinya mahu menambah rekod yang dipegangnya di Calderon nanti selepas dikritik hebat kerana selepas kekalahan musim lalu, dia masih meneruskan sambutan hari lahirnya.

Begitupun, Atletico masih optimis sekalipun berdepan dua kekalahan berturut-turut bermula kepada Villarreal di La Liga sebelum ditundukkan Benfica dalam Liga Juara.

ARTIKEL YANG SAMA