Misi cari kehidupan di Marikh

Misi cari kehidupan di Marikh

BAIKONUR, Kazakhstan, 14 Mac (AFP) – Dua kapal angkasa robotik berlepas hari ini bagi memulakan perjalanan tujuh bulan ke planet Marikh sebagai sebahagian daripada misi ruang angkasa Eropah-Rusia tanpa kendalian untuk mengesan petunjuk kehidupan di Planet Merah itu.

Roket Proton Rusia membawa kapal angkasa lepas yang dilancarkan ke langit mendung di cosmodrome Baikonur yang dioperasikan Rusia di kawasan padang rumput luas Kazakh pada 0931 GMT menurut yang dirancang, menurut agensi ruang udara Rusia, Roscosmos dan Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA).

Roscosmos mengatakan pelancaran itu berlaku dengan ‘jayanya’.

ExoMars 2016, kerjasama antara ESA dan Roscosmos, adalah bahagian pertama daripada dua fasa penjelajahan bertujuan untuk menjawab soalan tentang kewujudan kehidupan di planet Marikh.

ESA mengatakan tujuannya adalah untuk memastikan ‘sama ada Marikh itu bernyawa’.

Roket Proton-M membawa kapal angkasa lepas ExoMars 2016 ke Marikh, belepas dari pelancarnya di cosmodrome Baikonur, Kazakhstan pada 14 Mac. – Reutersd
Roket Proton-M membawa kapal angkasa lepas ExoMars 2016 ke Marikh, belepas dari pelancarnya di cosmodrome Baikonur, Kazakhstan pada 14 Mac. – Reutersd

Dengan set instrumen berteknologi tinggi, Trace Gas Orbiter (TGO), dijangka tiba di Planet Merah pada Oktober selepas perjalanan sekitar 496 juta kilometer (308 juta batu).

TGO akan menggambar Planet Merah dan menganalisis udaranya, berpisah daripada pendaratan Marikh yang digelar Schiaparelli, beberapa hari sebelum memasuki atmosfera Marikh.

Fasa kedua, perayau Marikh dijangka untuk dilancarkan pada 2018, kelihatannya ditangguhkan berhubung kebimbangan kewangan.

Satu matlamat penting adalah untuk menganalisis gas metana, gas yang terdapat di Bumi yang terhasil di sebahagian mikrob bernyawa, dan kesan yang telah dipantau pada misi Marikh sebelumnya.