Misi cari mangsa nahas diteruskan

Misi cari mangsa nahas diteruskan

KATHMANDU, 25 Feb (AFP) – Pekerja kecemasan telah menemui 19 mayat yang terkorban apabila pesawat mereka naiki itu terhempas di pinggir gunung di barat Nepal yang mengakibatkan kesemua 23 penumpang dan anak kapal terbunuh, polis berkata hari ini.

Polis dan tentera kembali ke lokasi kemalangan pada sebelah pagi selepas meninggalkan usaha pemulihan pada lewat Rabu kerana cuaca buruk di kawasan terpencil Himalaya di mana pesawat Twin Otter jatuh.

Tapak di daerah Myagdi adalah sekitar 16,000 kaki (4,900 meter) tinggi di Himalaya dan hanya boleh dicapai dengan berjalan kaki atau dengan helikopter.

“Kami berada disini untuk misi pencarian mayat semua mangsa,” polis penguasa Chhabi Lal Joshi berkata kepada AFP melalui telefon dari tapak kemalangan itu, siri terbaru kemalangan penerbangan maut di negara miskin Himalaya.

“Kami mendapati 19 mayat ditemui setakat ini, dan beberapa bahagian badan lain.”

Pencarian masih diteruskan di kawasan nahas berlaku. – AFP
Pencarian masih diteruskan di kawasan nahas berlaku. – AFP

Joshi berkata pekerja telah membina sebuah helipad sementara bagi mengangkut mayat ke lapangan terbang yang terdekat di bandar Pokhara, sekitar 220 kilometer (160 batu) barat Kathmandu.

Tetapi syarikat penerbangan itu, Tara Air, berkata angin kencang telah menghalang helikopter untuk sampai ke kawasan itu pada kelmarin.

“Dua helikopter telah dihantar sejak dari pagi, tetapi gagal untuk sampai ke kawasan itu. Kami akan cuba lagi,” kata jurucakap Bhim Raj Rai.

Penerbangan Tara Air dari Pokhara ke Jomsom, iaitu kira-kira satu penerbangan yang mengambil masa selama 20 minit itu telah membawa tiga anak kapal dan 20 penumpang termasuk seorang warga China dan Kuwait. Semua yang lain adalah dari Nepal dan dua daripada mereka adalah kanak-kanak.

Kerajaan berkata ia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat tragedi itu, punca nahas masih belum diketahui.

Tara Air adalah anak syarikat Yeti Airlines, syarikat penerbangan domestik yang dimiliki persendirian, ditubuhkan pada tahun 1998 yang memberikan perkhidmatan kebanyakkan destinasi jauh seluruh Nepal.

Ia mengalami kemalangan maut terakhir pada tahun 2010 apabila sebuah pesawat yang disewa oleh sekumpulan pelancong Bhutan merempuh gunung di timur Nepal.

Ia telah dikaitkan dengan juruterbang yang kurang berpengalaman, pengurusan yang lemah dan penyelenggaraan yang tidak mencukupi.

Kesatuan Eropah telah menyenaraikan hitam semua syarikat penerbangan Nepal pada tahun 2013.