Misi fasa kedua ke Marikh ditangguhkan pada 2020

Misi fasa kedua ke Marikh ditangguhkan pada 2020

PARIS, 2 Mei (AFP) – Bahagian kedua misi bersama Eropah-Rusia untuk menyiasat planet Marikh bagi sebarang tanda kehidupan telah ditangguhkan dua tahun, dengan pelancaran baru dijadualkan pada Julai 2020, menurut sumber rasmi hari ini.

Dalam fasa pertama, Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan seumpamanya di Rusia, Roscosmos, melancarkan dalam pertengahan Mac dua kapal penyiasat yang menuju ke planet merah itu.

Pengesanan Gas Pengorbit (TGO) akan memeriksa atmosfera Marikh, dan kapal pendarat dinamakan Schiaparelli berasal dari nama angkasawan abad ke-19 akan berada pada permukaan planet itu dalam percubaan.

Rancangan peringkat kedua misi itu akan menghantar kereta Eropah yang berupaya menggerudi sedalam dua meter (kira-kira tujuh kaki) ke dalam permukaan Marikh dalam pencarian bahan organik.

Pegawai agensi angkasa telah memberi amaran bahawa mis ExoMars, yang pada awalnya dijadualkan bagi pelancaran dalam 2018, mungkin ditangguhkan disebabkan masalah teknikal dan biaya perjalanan.

ARTIKEL YANG SAMA