Misi harumkan nama negara

Misi harumkan nama negara

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Dengan harapan untuk mengharumkan nama negara di persada sukan serantau, kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai 32 orang pegawai dan atlet berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menyertai Sukan Perkhidmatan Awam ASEAN kali pertama yang akan berlangsung bermula dari hari ini hingga 19 November.

Majlis penyerahan bendera negara dan ucapan selamat belayar kepada kontinjen diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian bendera ialah Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Yahya bin Haji Idris.

Awang Yahya menyerahkan bendera negara kepada Chef de Mission, Haji Rosmadee.
Awang Yahya menyerahkan bendera negara kepada Chef de Mission, Haji Rosmadee.

Semasa berada di lapangan terbang, Awang Yahya juga berkesempatan untuk memberikan kata-kata semangat kepada para anggota kontinjen yang bakal beraksi dalam tiga acara sukan yang dipertandingkan iaitu golf, futsal dan tenpin boling.

Kontinjen negara yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud yang juga merupakan Chef de Mission menerima bendera negara yang diserahkan oleh Awang Yahya.

ARTIKEL YANG SAMA