Misi hidup mati AS Roma

Misi hidup mati AS Roma

LEVERKUSEN, Jerman, 20 Okt – Bintang AS Roma, Daniele De Rossi menegaskan kunjungan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Bayer Leverkusen awal pagi esok bagaikan peringkat kalah mati buat kelab Itali itu.

Roma di tangga tercorot Kumpulan E dengan satu mata daripada dua perlawanan menjelang dua pertemuan berturut-turut dengan kelab Jerman itu.

“Tidak diragui, ia tidak mudah menentang Leverkusen kerana kami bermain di gelanggang lawan dan mereka pasukan berkualiti,” kata De Rossi.

“Kemaraan ke peringkat berikutnya pada Liga Juara-Juara bergantung kepada perlawanan ini dan ia bagaikan mini kalah mati buat kami.”

Leverkusen tidak bernasib baik tewas 1-2 di Nou Camp sebelum ini, selepas mendahului juara bertahan Barcelona di laman lawan berikutan kemenangan 4-1 ke atas BATE Borisov di BayArena pada perlawanan pertama kempen Eropah.

De Rossi menyifatkan aksi menentang Leverkusen dalam perlawanan kumpulan sebagai peringkat kalah mati. – Reuters
De Rossi menyifatkan aksi menentang Leverkusen dalam perlawanan kumpulan sebagai peringkat kalah mati. – Reuters

Kelab Jerman itu hanya satu mata di belakang pendahulu Barcelona dalam carta dan teruja meraih kemenangan ke atas Roma menjelang perlawanan timbal balik pada 4 November ini.

Namun Bayer kendalian Roger Schmidt bergelut akhir-akhir ini dalam Bundesliga dan dipaksa seri tanpa jaringan di laman sendiri oleh Hamburg Sabtu lalu, keputusan seri kedua berturut-turut yang menyaksikan mereka menghuni tangga kelapan liga. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA