Misi menyelamat spesis katak dari pupus di Ecuador

QUITO – Pemburuan bagi katak-katak yang jarang ditemui dengan harganya yang begitu mahal telah terkenal di Ecuador. Kini firma-firma alam sekitar juga mula menjual binatang-binatang jenis amfibia – cuba menyelamatkannya dari pasaran gelap dan ancaman kepupusan.

Di San Rafael, di luar ibu kota Quito, syarikat saintifik Wikiri sedang menternak 12 spesies katak. Ada yang hanya terdapat di Ecuador, sementara yang lain berisiko untuk hilang dari habitat semula jadinya dan beralih ke tempat lain.

Selepas diternak di dalam ratusan terarium, ianya akan dihantar ke Kanada, Amerika Syarikat, Jepun dan pelbagai negara Eropah sehingga mencapai harga AS$600 seekor. Ia adalah satu nilai yang tinggi “memberikan anda idea bahawa aktiviti ini boleh membawa keuntungan (pemburuan katak),” kata Lola Guarderas, pengurus kemudahan itu, kepada AFP.

Guarderas menunjukkan sebuah kaca berisi katak, dengan kulitnya yang lut cahaya di mana organ dan jantung merahnya dapat dilihat, apabila ia bergerak-gerak di dalam bekas kontena.

Di dalam makmal syarikat itu – 5,000 meter persegi (54,000 kaki persegi) yang mempunyai sebuah taman yang besar di sepanjang sebuah sungai – katak-katak itu cuba diternak semula, agar ia tidak menjejaskan alam fauna tempatan.

Para saintis sedang membuat penyelidikan mereka di pusat konservasi amfibia Jambatu. – AFP
Para saintis sedang membuat penyelidikan mereka di pusat konservasi amfibia Jambatu. – AFP
Katak marsupial (Gastrotheca Orophylax) di pusat konservasi amfibia Jambatu, di kawasan San Rafael, tenggara Quito. – AFP
Katak marsupial (Gastrotheca Orophylax) di pusat konservasi amfibia Jambatu, di kawasan San Rafael, tenggara Quito. – AFP
Menurut kementerian alam sekitar Ecuador, 18 spesies katak telah nampaknya hilang, merompak harta negara yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti itu. – AFP
Menurut kementerian alam sekitar Ecuador, 18 spesies katak telah nampaknya hilang, merompak harta negara yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti itu. – AFP

Ia kemudiannya dibawa untuk perdagangan ‘ethical bio-trade’ yang mana bertentangan dengan penyeludupan dan penjualan secara haram.

“Ia sama sekali berbeza dengan perdagangan haram bagi spesies tersebut, yang mana pergi terus ke hutan untuk menangkap semua jenis katak sebanyak mereka mampu dan kemudian mengeksportnya, dan ia boleh menjejaskan kehidupan haiwan tersebut di dalam hutan,” kata Guarderas.

Selain menjalankan ladang ternakan katak, beliau adalah seorang penyelaras bagi Pusat Jambatu, yang menyelidik dan memelihara amfibia, dan dihoskan oleh Wikiri. Ecuador, sebuah negara Amerika Selatan yang agak kecil, adalah rumah kepada salah satu pameran biodiversiti terbesar di planet ini.

Ia mempunyai lebih daripada 600 spesies katak, yang mana hampir separuhnya boleh didapati hanya di negara ini. Menurut kementerian alam sekitar Ecuador, 186 spesies berisiko untuk pupus.

Pihak berkuasa telah mengharamkan penangkapan dan penjualan kepada semua binatang liar. Tetapi itu tidak menghentikan perdagangan haram dari Amazon – yang berleluasa di seluruh Brazil, Peru, Colombia, Bolivia, Ecuador, Venezuela, Guyana dan Suriname.

Aktiviti itu dianggarkan telah membawa AS$1.3 bilion bagi mereka yang terlibat antara tahun 2005 dan 2014, kata persatuan ekologi. Baru-baru ini, Pusat Jambatu mengumumkan suatu kejayaan: pembiakan katak jenis Atelopus ignescens atau Quito stubfoot toad di dalam kurungan buat pertama kali.

Binatang amfibia berwarna hitam ini sering dijumpai di kawasan Andean, Ecuador, namun telah semakin pupus tiga dekad yang lalu – sehingga hanya satu kelompok kecil telah dijumpai tahun lepas.

Katak Cristal del Sol (Hyalinobatrachium aureoguttatum) di pusat konservasi amfibia Jambatu. – AFP
Katak Cristal del Sol (Hyalinobatrachium aureoguttatum) di pusat konservasi amfibia Jambatu. – AFP
Kodok Jambato (Atelopues ignescens) di pusat konservasi amfibia Jambatu. – AFP
Kodok Jambato (Atelopues ignescens) di pusat konservasi amfibia Jambatu. – AFP

Empat puluh tiga kodok telah dibawa ke Pusat Jambatu, yang mana selepas beberapa percubaan, telah berjaya menghasilkan 500 berudu dalam sepasang katak tersebut. Secara keseluruhan, kemudahan bagi penyelidikan ini berfungsi pada sekitar 40 spesies yang biasanya ditemui di Ecuador atau sebaliknya yang berasal dari beberapa negara Amerika Selatan yang lain.

Sebelas ditawarkan untuk dieksport, termasuk katak jenis ‘Agalychnis spurrelli’, atau katak ‘gliding tree’; ‘Cruziohyla calcarifer’, atau katak ‘splendid leaf frog’, yang mempunyai jalur kuning di perutnya dan mempunyai kaki yang panjang; dan katak ‘Hyalinobatrachium aureoguttatum’, yang mempunyai badan lut cahaya dan tompok bintik kuning.

Sekitar 500 katak dijual setiap tahun, dengan tambahan daripada aliran tahunan dari negara-negara Amerika Latin yang lainnya sebanyak 7,000, telah dihantar ke seluruh pelusuk dunia. Harapannya adalah untuk mengekang perdagangan gelap bagi haiwan tersebut.

“Pengedaran dalam pasaran gelap bagi binatang amfibia ini suatu aktiviti yang sangat besar di dunia,” kata ahli biologi dan juga pengarah bagi Pusat Jambatu, Luis Coloma, memberitahu kepada AFP.

Aktiviti tersebut menambah bahaya lain yang dihadapi oleh katak, sesetengah spesies menghadapi ancaman kepupusan secara mengejut apabila habitatnya itu telah dihapuskan oleh kerana pencerobohan, pencemaran atau perubahan iklim.

Menurut kementerian alam sekitar Ecuador, 18 spesies katak telah nampaknya hilang, merompak harta negara yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti itu. – AFP