Misi pencarian juara Kejohanan Bola Sepak Veteran DST diteruskan

Misi pencarian juara Kejohanan Bola Sepak Veteran DST diteruskan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Kejohanan Bola Sepak Veteran Kebangsaan DST 2016 meneruskan lagi siri kejohanannya bermula dengan pusingan ketiga Piala Persatuan Bola Sepak Veteran pada 22 Julai 2016 ini nanti.

Antara perlawanan yang sudah diundi sebelum ini adalah Al-Idrus yang akan menentang BESA FC di kelab Rekreasi Diraja Brunei dan IKLS Vets menentang MIISA United FC di Kompleks Sukan Sungai Kebun.

Dua lagi perlawanan pusingan ketiga akan menyaksikan BIP FT akan melayani Pasukan Mohais FC di padang Sekolah Menengah Awang Semaun dan perlawanan terakhir pada hari itu nanti antara KPPKSK menentang PSJD di Padang Dewan Kemasyarakatan Kilanas.

Sementara itu, pada 24 Julai pula akan berlangsung empat lagi perlawanan pusingan ketiga Piala FA yang antaranya akan menyaksikan perlawanan antara Rimba Star FC menentang KB Warriors di Padang Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas, RB Vets menentang XN FT di padang Kelab Rekreasi Diraja Brunei.

Pada hari yang sama, Oldstars akan bertanding di Kompleks Sukan Batu Apoi bagi melayani tuan rumah Stoneville, sementara di Padang Kompleks Sukan Sungai Kebun akan menyaksikan perlawanan antara MPK PB menentang Pasukan I-Team.

Dalam kejohanan Piala Presiden pula, Pusingan kedua akan diteruskan bermula pada 29 Julai 2016 dengan menyaksikan empat perlawanan peringkat pusingan kedua antaranya I-Team akan menentang Manggis FC di Kompleks Sukan Sungai Kebun dan BESA FC menentang TJ FT di Kompleks Sukan Tutong.

XN FT akan berhadapan Pasukan IKLS Vets di Stadium Mini Berakas Kem dan perlawanan terakhir hari itu nanti akan menyaksikan pertembungan antara Pasukan Rimba Star FC menentang Pasukan AKSE Bersatu di padang Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas.

Pada 31 Julai 2016 pula akan menyaksikan sambungan perlawanan pusingan kedua Piala Presiden antaranya melibatkan RB Vets menentang Riwayat FC di Kelab Rekreasi Diraja Brunei, BSRC menentang Kilugus FC di kelab Rekreasi Brunei Shell, Stoneville akan melayani Al-Idrus di Kompleks Sukan Batu Apoi dan Mohais FC pula akan menentang Pasukan Oldstars di Kompleks Sukan Sungai Kebun.

Suku Akhir Piala FA akan berlangsung di dua lokasi antaranya Kompleks Sukan Sungai kebun pada 5 Ogos 2016 dan satu lagi pada hari yang sama di Padang Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas. Sementara dua lagi perlawanan dijangka akan berlangsung pada 7 Ogos 2016.

Suku akhir Piala Presiden pula menyusuli perlawanan-perlawanan berkenaan pada 12 dan 14 Ogos 2016 di dua lokasi yang sama.