Misi pencarian temui 53 lagi mayat

Misi pencarian temui 53 lagi mayat

KATHMANDU, 8 Jun (Reuters) – Sekumpulan polis dan tentera hari ini menemui 53 mayat pendaki dan penduduk kampung yang tertimbus di bawah runtuhan salji akibat kejadian gempa bumi pada April lalu, dengan mengorek ketulan ais dan batu menggunakan penyodok dan cangkul untuk mengesan saki baki mangsa bencana itu.

Unit respons tentera meneruskan pencarian setelah risiko runtuhan salji semakin reda dan menjumpai 53 mayat termasuk tiga pendaki warga asing pada hujung minggu, pihak tentera memberitahu dalam satu kenyataan.

“Ia masih membingungkan sama ada kesemua 53 mayat adalah baru atau dalam lingkungan runtuhan salji terdahulu,” jurucakap tentera Brigedier Jeneral Jagadish Chandra Pokharel memberitahu Reuters.

Uddhav Bhattarai, birokrat tertua di daerah Rasuwa di mana terletaknya kampung Lantang, mengatakan beberapa anggota polis dan penduduk kampung menyertai misi pencarian puluhan pendaki dan warga Nepal yang hilang sejak gempa bumi 25 April lepas.

ARTIKEL YANG SAMA