Misi pertama NASA ke asteroid

Misi pertama NASA ke asteroid

WASHINGTON, 8 Sept – Agensi angkasa lepas AS NASA hari ini dijangka melancarkan misi pertamanya ke asteroid berhampiran Bumi untuk mengumpul sampel yang boleh memberikan keterangan mengenai permulaan sistem solar.

Ahli sains berharap misi tujuh tahun bernilai AS$800 juta itu akan mendedahkan sesuatu mengenai asal-usul asteroid Bennu dan kehidupan itu sendiri.

Kapal angkasa OSIRIS-Rex itu dijadual berlepas pada hari ini pada pukul 7:05 malam dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, berhampiran Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida.

Hasil gambaran artis yang disediakan oleh NASA pada Julai 2016 menunjukkan pemetaan berhampiran Bumi, asteroid Bennu, dari kapal angkasa OSIRIS-Rex. - AP
Hasil gambaran artis yang disediakan oleh NASA pada Julai 2016 menunjukkan pemetaan berhampiran Bumi, asteroid Bennu, dari kapal angkasa OSIRIS-Rex. – AP

“Matlamat utama misi adalah membawa balik 60 gram bahan asli yang kaya dengan karbon daripada permukaan Bennu,” kata Dante Lauretta, penyiasat utama misi dan profesor sains planet di Universiti Arizona.

Kapal angkasa buatan Lockheed Martin akan dibawa menggunakan roket Atlas V yang dibuat oleh United Launch Alliance, usaha sama 50-50 yang dimiliki oleh Lockheed dan Boeing. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA