Misi Piala Presiden, khidmat tentera

Misi Piala Presiden, khidmat tentera

SEOUL, 30 Sept (Reuters) – Bae Sang-moon dari Korea Selatan tiba di kediamannya hari ini menjelang pertandingan Piala Presiden minggu ini dan pemain golf itu memberitahu wartawan dia mahu memainkan peranan besar dalam kejohanan tersebut sebelum menurunkan kayu pemukulnya dan mengangkat raifal untuk memulakan perkhidmatan ketenteraan mandatori.

Pemain itu, 29, yang tewas dalam pergelutan undang-undang awal tahun ini bagi menurut pengerahan selepas didakwa melanggar peraturan perkhidmatan tentera Korea Selatan.

Bae, yang memenangi dua kali dalam Jelajah PGA, gagal untuk menyambung permit perjalanan luar negara selepas Pentadbiran Tenaga Tentera (MMA) berkata dia tidak cukup meluang masa di luar Korea Selatan pada 2014 untuk layak sebagai pendudukan luar negara.

Dia dibenarkan untuk tinggal di AS sambil cabaran perundangannya ke atas keputusan itu tertangguh tetapi mahkamah di bandar kediamannya, Daegu menyokong MMA pada Julai lalu dan Bae dengan segera bersetuju untuk pulang dan memenuhi tanggungjawabnya.

Sangmoon Bae ketika beraksi di Kejohanan Jelajah Coca-Cola di Kelab Golf East Lake pada 23 September 2015 di Atlanta, Georgia. – AFP
Sangmoon Bae ketika beraksi di Kejohanan Jelajah Coca-Cola di Kelab Golf East Lake pada 23 September 2015 di Atlanta, Georgia. – AFP

Dengan negara itu secara teknikalnya masih dalam peperangan bersama Utara selepas Perang Korea 1950-53, kesemua lelaki Korea Selatan di antara 18 dan 35 perlu melengkapkan dua tahun perkhidmatan tentera

Bae memberitahu wartawan pada Rabu lalu di Lapangan Terbang Incehon, dia memohon maaf bagi kontroversi itu dan “gembira untuk pulang”.

“Saya akan melakukan yang terbaik sebelum menyertai pertandingan di antara AS dan Antarabangsa yang diadakan setiap dua tahun tetapi salah seorang dari dua kapten pilihan Nick Price. Pertandingan itu akan diadakan di Asia buat kali pertama bermula 8-11 Oktober di Kelab Golf Jack Nicklaus Korea, Incheon, di mana Bae sudah memenangi dua kali dalam jelajah domestik.

ARTIKEL YANG SAMA