Misi Pluto hilang hubungan seketika

Misi Pluto hilang hubungan seketika

MIAMI, 7 Julai (AFP) – NASA telah hilang hubungan secara seketika hujung minggu lepas dengan kapal angkasa tanpa pemandu yang dalam perjalanan dengan pertemuan bersejarah dengan planet Pluto, bagaimanapun kelmarin agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) mengatakan kerosakan itu telah dipulihkan.

Gangguan komunikasi pada Sabtu lalu berlangsung selama satu jam setengah dan telah membingungkan para saintis apabila mereka cuba untuk mencari punca kesilapan kapal angkasa ‘New Horizons’ yang kini berada tiga bilion batu (4.8 bilion kilometer) dari bumi.

Misi bernilai AS$700 juta dipantau secara ketat oleh peminat angkasa kerana kapal angkasa itu pada 14 Julai akan menawarkan dunia pandangan secara dekat pertama ke planet kerdil tersebut.

Alan Stern, penyelia utama New Horizon, berkata sains dua hari setengah telah hilang, setengah Sabtu, keseluruhan Ahad dan Isnin.

Kehilangan tersebut berjumlah enam peratus jumlah keseluruhan pemantauan yang kapal tersebut kumpul pada misi sembilan tahunnya.

Gambar menunjukkan kapal angkasa ‘New Horizons’ mendekati planet Pluto dan tiga buah bulannya. – AFP
Gambar menunjukkan kapal angkasa ‘New Horizons’ mendekati planet Pluto dan tiga buah bulannya. – AFP

“Ini adalah benjolan kelajuan, dari segi jumlah pulangan yang kami harapkan dari misi ini,” Stern memberitahu para wartawan.

Kapal angkasa tersebut telah diprogramkan untuk menukar dari komputer utama ke komputer sokongan jika terjadi masalah tersebut, yang jurutera terangkan serupa dengan kerosakan komputer.

“Autopilot telah meletakkan kapal itu dalam ‘mod selamat,’ dan mengarahkan komputer sokongan untuk menyambung semula komunikasi dengan bumi,’ kata NASA.

“New Horizon kemudian mula menghantar telemetri untuk menolong jurutera mendiagnosis masalah tersebut.”

Bagaimanapun tiada masalah hardware atau software dijumpai.