Misi rentas dunia McDowell

Misi rentas dunia McDowell

HONG KONG, 1 Okt (AFP) – Bekas juara kejohanan besar Graeme McDowell berkata beliau akan merentas dunia sepanjang tempoh dua bulan akan datang dalam bidaannya untuk menyelamatkan musim terburuknya sejak 2007.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) mengambil rehat dua minggu selepas Kejohanan PGA pada Ogos setelah kecewa dalam playoff Piala Jelajah PGA AS.

Dengan hanya satu penyudah tertinggi-10 pada 2015, McDowell menurun dari kedudukan ke-15 pada awal tahun ini kepada tempat ke-71 di dunia.

Bagaimanapun beliau menunjukkan tanda-tanda peningkatan prestasi pada Terbuka Eropah minggu lepas di Jerman dengan empat pusingan di bawah par (68-70-70-70) ketika membuat penyudah pada kedudukan ke-36.

Kali terakhir beliau membuat penyudah tahun ini adalah di luar tertinggi 50 dunia pada 2007, apabila beliau di tempat ke-106.

Graeme McDowell. – AFP
Graeme McDowell. – AFP

Dengan mata Piala Ryder 2016 kini sedia juga untuk digenggam, bermula dengan kemunculannya pada Kejohanan Links minggu ini di Scotland, McDowell kini bersedia bagi penamat musim yang tergopoh-gapah.

Pemain Ireland Utara ini akan bertanding di British Masters di Woburn minggu depan sebelum terbang merentas Atlantik ke kediamannya di Florida semalam seminggu.

Kemudian ia masa merentas Pasifik pula bagi Terbuka UBS Hong Kong pada 22 Oktober – acara final sebelum Jelajah Terbuka Eropah pada 22 Oktober – acara final sebelum siri playoff Jelajah Eropah “Empat Final” yang bermula seminggu kemudian dengan Terbuka Turki.

“Saya akan pergi ke Turki dari Hong Kong,” McDowell mengesahkan kepada AFP dalam temu ramah melalui telefon dari Scotland.

Beliau mengakui dalam keadaan bahaya kehilangan hadiah AS$8.5 juta Kejohanan Golf Dunia-Singapura di Shanghai, di mana beliau menduduki tempat ketiga pada dua tahun lepas.