Misi robot Philae dihentikan

Misi robot Philae dihentikan

PARIS, 27 Julai – Pengawal penguasa lapangan telah mengucapkan selamat tinggal terakhir hari ini kepada makmal robot Philae, memutuskan komunikasi selepas sekian lama tidak berhubung dengan instrumen kecil itu yang meluru jatuh menerusi angkasa di permukaan komet.

“Komunikasi hari ini dengan Philae telah dihentikan,” kata agensi ruang angkasa Jerman DLR, Andreas Schuetz memberitahu AFP dari pusat kawalan lapangan di Cologne.

“Ini adalah penamat bagi…..misi berjaya dan menakjubkan bagi orang awam dan sains.”

Keputusan untuk memutuskan hubungan itu telah diambil untuk menjimatkan tenaga pada kapal induk Rosetta, yang mengelilingi sekitar komet 67P/Churyumov-Gerasimenko, bagi minggu-minggu terakhir dalam misi bersejarahnya.

Gambar fail pada 12 November 2014 menunjukkan Presiden Perancis, Francois Hollande, (tengah) bersama astrofizik Perancis, Francis Rocard melihat model pendarat Rosetta, Philae, ketika mereka mengunjungi Cite des Sciences di La Villette di Paris. – AP
Gambar fail pada 12 November 2014 menunjukkan Presiden Perancis, Francois Hollande, (tengah) bersama astrofizik Perancis, Francis Rocard melihat model pendarat Rosetta, Philae, ketika mereka mengunjungi Cite des Sciences di La Villette di Paris. – AP

Baterinya habis, komunikasi berjaya terakhir Philae dengan Bumi adalah pada 9 Julai tahun lepas. Talian itu dibiarkan terbuka bagi peluang tipis untuknya kembali hidup.

Instrumen kecil bersaiz mesin basuh itu telah berada di permukaan 67P sejak 12 November 2014, sebahagian dari misi Rosetta ESA yang mencatat sejarah menarik untuk menyiasat komet bagi mencari petanda kepada asal kehidupan di muka Bumi. – AFP