MISIF sedia timbang langkah lindungi industri besi

MISIF sedia timbang langkah lindungi industri besi

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) hari ini menegaskan pendiriannya untuk mengambil sebarang langkah demi melindungi kepentingan industri besi dan keluli tempatan.

Dalam satu kenyataan, persekutuan itu turut menyifatkan petisyen oleh Megasteel Sdn Bhd, adalah tanpa merit dan sebarang usaha mengenakan langkah perlindungan dalam bentuk mekanisme dicadangkan demi menyelamatkan sebuah syarikat muflis, adalah bertentangan dengan kepentingan awam.

Untuk rekod, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memulakan satu siasatan terhadap pengimportan gegelung besi panas (HRC) berdasarkan petisyen difailkan oleh Megasteel yang juga pengeluar terbesar HRC negara. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA