Mission Hills sertai China tubuh pusat latihan ternama

Mission Hills sertai China tubuh pusat latihan ternama

DONGGUAN, China, 1 Dis – Pemilik tempat peranginan golf terbesar dunia menyertai China bagi pelaburan bola sepak dengan membangunkan akademi yang disokong Barcelona yang bertujuan untuk menghasilkan generasi baru ‘wira negara’.

Mission Hills, yang memiliki dua buah kompleks golf terbesar di selatan China, berharap untuk menempatkan lebih dari 1,000 kanak–kanak di bawah kemudahan yang dalam pembinaan di pulau Hainan, yang akan menjadi pusat latihan bagi pasukan kebangsaan China dan kelab–kelab ternama.

Ia menyusul pelaburan China dalam kelab-kelab, pemain, jurulatih asing dan hak media selepas Presiden Xi Jinping berkata dia mahukan negara yang padat dengan pendudukan dunia itu menjadi kuasa bola sepak global.

Kelab Sepanyol, Barcelona sebagai ‘rakan kewangan yang strategik’ dan akan memberikan kepakaran kejurulatihan di akademi baru itu, naib pengerusi Mission Hills, Tenniel Chu memberitahu AFP.

Idea itu bukanlah baru: di wilayah yang sama ketika pemecahan rekod Mission Hill, 12 taman peranginan Guangdong, juara China, Guanzhou Evergrande memiliki akademi yang bekerjasama dengan Real Madrid bagi lebih dari 2,000 penuntut, dilaporkan adalah yang terbesar dunia.

Pandangan adalah bercampur-campur terhadap pendekatan pusat itu bagi menghasilkan pemain tetapi Chu berkata akademi baru itu, di taman peranginan golf Haiko di Hainan, akan dilihat pasaran baru terbesar berikutan dekri dari Xi.

“Peringkat akar umbi adalah penting dalam menghasilkan permainan, katanya dalam satu temu bual forum LeSports Connects Sports minggu ini di Mission Hills di Guangdong.

“Presiden kita, Xi, seperti yang anda tahu impiannya pada 2020 untuk mempunyai 50 juta pemain sepenuh masa…jadi kita melihat terhadap pasaran besar dalam mempromosikan perkembangan pemain junior.

Pasukan kebangsaan China berada di rangking ke-83, kerap dengan sumber kekecewaan bagi peminat China dan sekarang dilatih oleh Marcello Lippi dari Itali, akan menggunakan akademi itu sebagai pangkalan latihan musim sejuk.

Tiga buah kelab terbaik China-Guangzhou Evegrande, Jiangsu Suning dan Shanghai SIPG-juga akan berlatih di kemudahan itu ketika musim penamat Liga Super China, kata Chu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA