Misteri kehilangan 43 pelajar belum terungkai

Misteri kehilangan 43 pelajar belum terungkai

BANDAR RAYA MEXICO, 27 April – Pakar asing yang datang ke Mexico pada Mac 2015 dengan tugas mencabar untuk membantu penyiasat menyelesaikan kehilangan misteri 43 orang pelajar.

Setahun kemudian, lima pakar daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Amerika akan pulang tanpa sebarang jawapan untuk ibu bapa yang terdesak atas kehilangan anak lelaki mereka sejak September 2014.

Namun mereka meninggalkan di belakang kecaman tentang siasatan kerajaan – satu laporan pada Ahad lalu menuduh pihak berkuasa menghalang mereka dalam usaha untuk mendapatkan maklumat baru dan kemungkinan menyeksa tersangka.

Sebelum misi mereka berakhir secara formal pada Sabtu, dua daripada pakar memberitahu AFP mereka kini berasa bimbang mengenai bagaimana ibu bapa, yang mempunyai hubungan tegang dengan keraajan dan mahu pakar tinggal di negara, akan dilayan.

Pakar juga menyuarakan harapan kerajaan akan mengikut cadangan mereka dan menggunakan kesimpulan mereka untuk mempertingkat sistem kehakiman yang kabur di negara itu.

Angela Buitrago (kanan), memeluk ahli keluarga daripada 43 pelajar yang hilang, di Bandar Raya Mexico, pada Ahad lalu. – AP
Angela Buitrago (kanan), memeluk ahli keluarga daripada 43 pelajar yang hilang, di Bandar Raya Mexico, pada Ahad lalu. – AP

“Kami berasa sedih untuk meninggalkan negara tanpa berkata tempat orang yang hilang,” kata Angela Buitrago, bekas pendakwa Colombia, semalam. “Adalah amat penting hak mangsa untuk mendapat tahu kebenaran dijamin, dan mereka dilindungi dan diberikan pandangan jelas oleh negara Mexico,” kata Buitrago.

Rakan peguam Colombia Alejandro Valencia berkata kerajaan mempunyai “tugas untuk menjamin bahawa ia akan menyiasat kes hak asasi manusia ini.” Atas permintaan ibu bapa, kerajaan menjemput Valencia dan Buitrago, serta seorang peguam Chile, bekas peguam negara Guatemala dan seorang pakar psikologi Sepanyol, untuk membantu dalam siasatan.

Presiden Enrique Pena Nieto menghadapi bantahan antarabangsa sebelum pentadbirannya menjemput mereka untuk membantu menyelesai kes yang telah menjadi simbol berpuluh ribu kematian dan kehilangan dalam perang dadah berusia satu dekad. – AFP