Misteri sebuah pesanan

Misteri sebuah pesanan

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

JIKA seseorang menemui pesanan yang tinggalkannya, bererti dia sudah mati.

Itulah pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh Haley Cooke sebelum dia menghilangkan diri di kawasan sekolahnya.

Seorang ejen FBI, Evelyn Baine telah ditugaskan untuk mencari siapakah yang mempunyai motif untuk membunuh Haley.

Pada zahirnya, Haley seorang ahli pasukan sorak yang sangat popular di sekolah tersebut tidak mempunyai seorang pun musuh.

Namun setelah Evelyn cuba untuk menggali dengan lebih dalam lagi mengenai kehidupan Haley, dia mendapati bahawa semua yang rapat dengan Haley mempunyai rahsia yang mereka sendiri sembunyikan.

Jika seseorang menemui pesanan yang tinggalkannya, bererti dia sudah mati. Itulah pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh Haley Cooke sebelum dia menghilangkan diri di kawasan sekolahnya.
Jika seseorang menemui pesanan yang tinggalkannya, bererti dia sudah mati. Itulah pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh Haley Cooke sebelum dia menghilangkan diri di kawasan sekolahnya.

Semuanya termasuk ibu bapa Haley, teman lelakinya yang jauh lebih tua sehinggalah teman baiknya sendiri yang iri hati dengan kehidupannya. Rahsia boleh membawa maut, dan salah satu daripada rahsia itu boleh menyebabkan Haley dibunuh.

Jika Haley masih hidup, Evelyn tahu bahawa semakin banyak penyiasatan dilakukan, semakin besar tekanan yang akan dihadapi oleh dalang di sebalik penculikan Haley dan mungkin akan menyebabkan Haley kehilangan nyawanya.

Namun, terdapat juga kebarangkalian bahawa nyawa remaja itu tidak dalam bahaya. Dia mungkin sahaja memanipulasi orang-orang di sekelilingnya untuk menghilangkan dirinya sendiri.

Walau bagaimanapun apa yang pasti, menemui jawapan mengenai nasib gadis tersebut mungkin akan mengundang bahaya dan boleh memautkan meski terhadap diri Evelyn sendiri.

Demikian adalah sedikit sinopsis daripada novel Stalked karya Elizabeth Heiter.

Jika anda berminat untuk mengetahui kisah selengkapnya, sila dapatkan novel ini di pasaran segera.