MITI layak teliti semula modul perniagaan Proton

MITI layak teliti semula modul perniagaan Proton

BANGI, 3 April (Bernama) – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merupakan pihak yang paling layak untuk meneliti modul perniagaan yang diguna pakai Proton Holdings Berhad (Proton) ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berpendapat modul perniagaan yang digunakan semasa Mahathir menjadi pengerusi syarikat pengeluar kereta nasional perlu dipantau oleh MITI dan semua pihak yang berkelayakan.

“Saya beranggapan, MITI yang diketuai Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berpengalaman luas dalam isu ini, ditambah pula beliau sudah lama memegang portfolio dalam sektor perdagangan dan industri tempatan dan luar negara.

“Pada hemat saya, beliau (Mustapa) paling arif dengan apa yang berlaku dalam Proton,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA