Mitroglou bantu Marseille, Lyon akhiri malapetaka

PARIS, 12 Mac – Konstantinos Mitroglou memberikan impak selepas beraksi dari bangku simpanan dengan menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan di Toulouse semalam sementara Lyon menewaskan Caen 1-0 mengakhiri rekod 6 perlawanan tanpa menang dalam saingan Ligue 1.

Sementara itu, Lucas Ocampos yang mencatat dua gol bagi Marseille dalam saingan peringkat 16 Liga Europa menentang Athletic Bilbao baru-baru ini sekali lagi menjadi tumpuan di Toulouse selepas menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-10. Tetapi Toulouse yang kini mempunyai satu mata di atas zon penyingkiran menjaringkan gol penyamaan menerusi Firmin Mubele yang menjaringkan gol pertama buat kelab selepas dipinjam dari Rennes pada Januari lalu.

Bekas penyerang Arsenal, Yaya Sanogo menerjah tiang gol pada minit ke-33 dan perlawanan itu turut menyaksikan penjaga gol Marseille, Steve Mandanda dan pemain muda Alban Lafont telah menghasilkan tampanan yang menarik.

Tetapi penampilan Dimitri Payet dan Mitroglou sekali gus memberikan penguasaan perlawanan kepada Marseille di mana kedua-dua pemain bergabung dengan baik sekali beberapa minit sebelum penyerang dari Greece masuk.

Konstantinos Mitroglou (kiri) meraikan gol bersama Dimitri Payet semasa perlawanan antara Toulouse dan Marseille di Stadium Municipal. – AFP

Permainan cantik dari Payet yang membiarkan bola meluru ke arah Mitroglou sebelum pertukaran mantap dan merembat masuk bola.

Mitroglou hampir mengandakan jaringan pada masa kecederaan apabila tandukannya terkena tiang diikuti dengan cubaan dihadang selepas Lafont menyelamatkan rembatan kencang dari Bouna Sarr.

“Kami datang untuk menang, kami tahu kami perlu bangkit untuk merapatkan jurang kepada empat mata dengan penghuni nombor dua (Monaco) dan terus memberikan tekanan kepada Lyon yang mana kedua-dua pasukan memperolehi kemenangan,” menurut jurulatih Monaco, Rudi Garcia.

“Bagaimanapun, Steve (Mandanda) membantu kami untuk terus mempunyai peluang untuk menang walaupun dengan cara yang sukar. Tiga orang pemain yang beraksi dari bangku simpanan juga banyak membantu pasukan.” – AFP