Mitsubishi AS...

Mitsubishi ASX 2017 dilancarkan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Bahiyah Bakir

 

BANDAR SERI BEGWAN, 6 Jan – Bersempena dengan sambutan awal tahun baru 2017 ini, GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta Mitsubishi di Brunei telah memperkenalkan Mitsubishi ASX MY17 pada majlis pelancaran yang berlangsung di Pusat Membeli-belah The Mall, Gadong, hari ini.

Hadir bagi menyempurnakan pelancaran kereta SUV itu ialah Pengarah Urusan GHK, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin; Pengerusi, Pengiran Dato Shariffuddin bin Pengiran Haji Matali; Pengarah Worldwide Motors, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud dan Pengarah GHK, Jake Goh.

Majlis pelancaran berkenaan juga menyaksikan penyampaian replika kunci kereta oleh Pengiran Dato Shariffuddin kepada pemilik pertama, kedua dan ketiga Mitsubishi ASX MY17 di negara ini.

Pemilik pertama ialah Awang Hassan bin Haji Awang Ibrahim, diikuti oleh pemilik kedua, Dayang Siti Hayon binti Haji Jumat dan pemilik ketiga, Haji Lukman Hakim bin Haji Ramli.

Pengiran Dato Shariffuddin bersama Yang Dimuliakan Pehin Goh King Chin semasa merasmikan Mitsubishi ASX MY17
Pengiran Dato Shariffuddin bersama Yang Dimuliakan Pehin Goh King Chin semasa merasmikan Mitsubishi ASX MY17
Orang ramai yang melihat secara lebih dekat lagi Mitsubishi ASX MY17.
Orang ramai yang melihat secara lebih dekat lagi Mitsubishi ASX MY17.

Dengan majlis perasmian ini, GHK Motors Sdn Bhd turut mengadakan promosi khas untuk Mitsubishi ASX MY17, yang mana para pelanggan yang membeli model terbaru Mitsubishi ASX bermula hari ini sehingga 31 Januari akan mendapat ansuran bulanan percuma selama empat bulan.

Menurut kenyataan yang diberikan, Mitsubishi telah mengemas kini SUV kecil ASX berkenaan bagi 2017, yang didatangkan dengan kefungsian unit media lebih baik, keselesaan dalaman dipertingkat dan menampilkan reka bentuk baru seperti Outlander dan Pajero Sport.

Antara pemilik terawal Mitsubishi ASX 2017.
Antara pemilik terawal Mitsubishi ASX 2017.
Pengiran Dato Shariffuddin semasa menyampaikan replika kunci kereta kepadasalah seorang pemilik terawal Mitsubishi ASX 2017.
Pengiran Dato Shariffuddin semasa menyampaikan replika kunci kereta kepadasalah seorang pemilik terawal Mitsubishi ASX 2017.

Tarikan utama ASX MY17 adalah ‘Dyanmic Shield’, nama yang diberikan Mitsibishi untuk reka bentuk baru bahagian depan ASX, yang mengekalkan lampu depan yang sama tetapi dengan rekaan gril baru dan bampar dengan kemasan hitam dan krom berkilat.

Ia juga melambangkan kefungsian dan keselamatan yang meyakinkan pada SUV Mitsubishi Motors dengan jalur-jalur krom di kedua-dua belah gril mengapit lambang tiga berlian untuk menggambarkan gerakan 3D.

ASX MY17 terbaru ini dikuasakan dengan enjin petrol empat silinder 2.0L MiVEC yang digabungkan dengan transmisi 6-kelajuan automatik INVECS-III CVT, direka khas untuk keselesaan pemanduan.

ARTIKEL YANG SAMA