Mitsubishi Heavy tangguh penghantaran jet pertama buatan Jepun

Mitsubishi Heavy tangguh penghantaran jet pertama buatan Jepun

TOKYO, 24 Dis (AFP) – Mitsubishi Heavy mengatakan hari ini ia akan menangguhkan penghantaran jet penumpang buatan pertama Jepun, kira-kira sebulan selepas ujian penerbangan sulungnya menandakan satu permulaan baru bagi sektor pembinaan pesawat bagi negara itu.

Syarikat itu memetik ‘beberapa isu’ ditemui selepas penerbangan pada November dengan menangguhkan penghantaran selama setahun kepada suku kedua tahun 2018.

Perisian sistem pesawat itu perlu dipertingkatkan dan fiuslajnya perlu diperkukuhkan, kata Mitsubishi.

Pelancaran bulan lalu muncul kira-kira setengah abad selepas pesawat komersial buatan Jepun yang terakhir beroperasi.

MRJ dua enjin menandakan babak baru bagi sektor penerbangan, yang kali terakhir membina penerbangan komersial pada tahun 1962 – turboprop YS-11 yang dihentikan kira-kira sedekad selepas itu.

Mitsubishi Regional Jet (MRJ) ketika kali pertamanya melakukan ujian penerbangan sulungnya pada November lalu.
Mitsubishi Regional Jet (MRJ) ketika kali pertamanya melakukan ujian penerbangan sulungnya pada November lalu.

Jepun dan jet MRJnya sedang bersaing dengan pengilang jet penumpang serantau lain seperti Embraer dari Brazil dan Bombardier Kanada.

Mitsubishi Heavy mendedahkan jet itu yang berukuran kira-kira 35 meter (115 kaki) panjang dan mempunyai kerusi untuk 80 penumpang pada Oktober tahun lepas telah menerima lebih 400 tempahan. Ia sebelumnya dirancang untuk membuat penghantaran pertama kepada All Nippon Airways Jepun pada 2017.

Jet perjalanan jarak dekat dan sederhana itu telah disokong oleh kerajaan Jepun dan konsortium firma besar termasuk Toyota.

Pembuat kereta Honda juga sedang membangunkan jet persendirian kecil di Amerika Syarikat, yang didedahkan di Jepun awal tahun ini.