Mitsubishi keluar dari AS

Mitsubishi keluar dari AS

TOKYO, 24 Julai – Media Jepun melaporkan hari ini bahawa pembuat kereta Mitsubishi Motor telah mengambil keputusan untuk menamatkan pengeluaran mereka di Amerika Syarikat (AS) dan memfokuskan pada pasaran Asia.

Syarikat tersebut bagaimanapun mengatakan tiada keputusan telah dilakukan.

Peneraju akhbar perniagaan Jepun, Nikkei, mengatakan Mitsubishi akan menghentikan pembuatan kenderaan di kilangnya di Normal, Illinois, dan cuba untuk menjual kilang tersebut. Kyodo News juga melaporkan kilang tersebut akan ditutup, memetik dari sumber tidak bernama.

Pengeluaran tahunan di kilang itu, yang mana membuat kereta SUV Outlander, telah menurun kepada 64,000 kenderaan berbanding 200,000 pada 2002. Syarikat tersebut hanya menjual 82,000 kenderaan di AS tahun lepas, kurang dari satu peratus dari jumlah keseluruhan pasaran.

Mitsubishi Outlander yang dihasilkan di kilang Mitsubishi di AS. - Reuters
Mitsubishi Outlander yang dihasilkan di kilang Mitsubishi di AS. – Reuters

Nikkei berkata Mitsubishi akan menjadi pembuat kereta utama Jepun yang akan menghentikan pengeluaran pada AS dan Eropah.

Syarikat tersebut telah membina sebuah kilang di Thailand, satu lagi dibeli dari Ford di Filipina dan membina sebuah lagi di Indonesia.

Mitsubishi berkata dalam satu keterangan bahawa mereka telah menyemak semula struktur pengeluaran globalnya, termasuk di Amerika Utara, tetapi “belum ada keputusan yang dibuat berkenaan hal ini pada waktu ini.” – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA