Mitsubishi naikkan gaji eksekutif

Mitsubishi naikkan gaji eksekutif

TOKYO, 1 Dis – Mitsubishi Motors mahu menambah tiga kali ganda gaji eksekutif tertingginya tatkala ketua Nissan Carlos Ghosn bersedia untuk mengambil alih sebagai pengerusi.

Dalam satu pemberitahuan bertarikh 29 November, pengeluar kereta itu berkata ia akan mengusulkan “penyusunan semula sistem bayaran pampasan eksekutif kami” untuk diundikan pada satu mesyuarat pemegang saham pada 14 Disember.

Pelabur juga diminta supaya mengundi pelantikan Ghosn sebagai anggota lembaga Mitsubishi.

Penggajian beliau adalah sebahagian daripada perjanjian yang melihat Nissan memberikan Mitsubishi satu bantuan pada Mei apabila ia mengumumkan satu rancangan untuk membeli satu pertiga saham dalam pengeluar kereta yang dibelenggu krisis dengan harga AS$2.2 bilion, ketika pesaing lebih kecil bergelut dengan skandal penipuan perbatuan yang menjejas jualan.

Ghosn, juga ketua pengeluar kereta Perancis Renault, dipuji kerana memulihkan Nissan yang hampir-hampir muflis pada akhir tahun sembilan puluhan.

Mitsubishi dijangka akan menaikkan gaji eksekutifnya menjelang ketua Nissan Carlos Ghosn bersedia untuk mengambil alih syarikat itu sebagai pengerusi. – AFP
Mitsubishi dijangka akan menaikkan gaji eksekutifnya menjelang ketua Nissan Carlos Ghosn bersedia untuk mengambil alih syarikat itu sebagai pengerusi. – AFP

Di bawah perubahan yang dicadangkan, anggota lembaga Mitsubishi, termasuk Ghosn, akan melihat gaji tahunn maksimum mereka melonjak kepada 2.0 bilion yen daripada 960 juta yen sekarang.

Firma itu juga meminta pemegang saham supaya mengundi mengenai satu cadangan untuk menawarkan eksekutif tertinggi 1.0 bilion yen setahun dalam opsyen saham.

“Kami perlu menarik orang berbakat dari dalam dan luar industri untuk menyertai lembaga kami,” beritahu jurucakap Mitsubishi Maki Furukawa kepada AFP apabila ditanya mengenai pertambahan skala gaji berkenaan.

Angka yang dicadangkan itu menandakan had pampasan tahunan dan gaji sebenar mereka mungkin lebih rendah, tambah beliau. – AFP