Mitsubishi perkenal Outlander

Mitsubishi perkenal Outlander

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Mitsubishi Motors GHK Brunei selaku pengedar tunggal kenderaan Mitsubishi di Brunei, kini melancarkan kempen pra-pelancaran jenama Mitsubishi Outlander sebagai persediaan pelancaran keluaran terbarunya itu yang akan diadakan pada 27 Januari ini, di Atrium, The Mall, Gadong.

Jenama keluaran terbaru daripada syarikat itu nanti akan menampilkan imej baru dengan roda aloi 18 inci sebagai piawaian yang dilengkapi dengan teknologi canggih, di samping dengan ciri-ciri keselamatan termasuk piawaian ABS, EBD dan Kawalan Aktif Kestabilan, ditambah dengan ‘Hill-Start Assist’ dan lampu LED yang menyerlahkan lagi reka bentuk kenderaan tersebut.

Dengan bantuan transmisi CVT, enjin Mitsubshi Outlander 2.4 liter itu boleh menghamburkan kekuatan sehingga 167 kuasa kuda dengan lancar yang akan mengekalkan keselesaan penumpang di sekeliling, ditambah dengan kelengkapan teknologi seperti kamera dan sensor di bahagian belakang bagi memudahkan lagi pemiliknya meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang sempit.

Mitsubishi kini melancarkan kempen pra-pelancaran jenama Mitsubishi Outlander.
Mitsubishi kini melancarkan kempen pra-pelancaran jenama Mitsubishi Outlander.

Outlander mempunyai keluasan tempat duduk yang mampu memuatkan 7 orang penumpang dengan kesempurnaan 4WD untuk perjalanan bersama dengan rakan-rakan atau keluarga.

Keupayaannya sebagai sebuah kenderaan 4WD membawa pemiliknya memandu dalam keadaan selesa dengan kualiti kulit dalaman kereta di tahap yang cemerlang.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan dan keistimewaan kenderaan keluaran terbaru daripada syarikat tersebut, bolehlah mengunjungi bilik pameran Mitsubishi di Beribi mulai hari ini sehingga 27 Januari bagi mendapatkan tawaran pendaftaran awal untuk memiliki kenderaan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA