Mixed Star FT juara futsal hari panas

Mixed Star FT juara futsal hari panas

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Mixed Star FT meraih gelaran juara Kejohanan Futsal Hari Panas 2016 selepas mengetepikan cabaran lawannya di final, FMN FT dengan jaringan 2-1 menerusi sepakan penalti penentuan.

Semasa perlawanan akhir, kedua-dua pasukan bersaing sengit tetapi kedua-duanya hampa tidak berjaya menghasilkan sebarang gol sehingga menyebabkan keputusan perlawanan terpaksa ditentukan dengan tendangan penalti.

Sejumlah 10 buah pasukan telah menyertai kejohanan yang mengambil tempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah berkenaan.

Pasukan-pasukan itu telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan yang mengandungi lima buah pasukan setiap satunya.

Setelah beraksi di peringkat kumpulan, hanya juara terus mara ke perlawanan akhir. FMN FT menjuarai Kumpulan A manakala Mixed Star FT mengungguli Kumpulan B apabila mengalahkan kesemua lawannya dalam kumpulan itu. – Hasrulraizan

Juara kejohanan tersebut Mixed Star FT.
Juara kejohanan tersebut Mixed Star FT.