Miyazaki kemaruk cabar Bolt

Miyazaki kemaruk cabar Bolt

TOKYO, 24 Sept (Reuters) – Warga Jepun yang berusia lebih 100 tahun Hidekichi Miyazaki mencatatkan rekod baru sebagai pelari pecut paling tua di dunia minggu ini, sehari selepas mencecah usia 105 tahun, tetapi berkata dia kecewa kerana gagal memecahkan rekod peribadi terbaiknya.

“Saya mahu cuba melepasi beberapa saat lagi kerana saya mampu mencatatkan 36 saat ketika sesi latihan,” Miyazaki, yang memakai baju-T merah dan seluar pendek berkata selepas menyudahkan larian dengan catatan 42.22 saat semalam.

Rekod peribadinya ialah 34.10, dicatatkan ketika dia berusia 103 tahun, kekal tanpa dipecahkan dari kalangan atlet berusia lebih 100 tahun dan ke atas.

Miyazaki yang dilahirkan pada 22 Sept 1910, sudah pun berusia lapan tahun ketika Perang Dunia Pertama berakhir dan berusia 34 tahun ketika Jepun dikalahkan dalam Perang Dunia Kedua.

Miyazaki (bawah) membuat pos seperti Usain Bolt (atas) di depan papan elektronik memaparkan catatan masa rekod 100 meter beliau di padang olahraga di Kyoto, Jepun. – Reuters
Miyazaki (bawah) membuat pos seperti Usain Bolt (atas) di depan papan elektronik memaparkan catatan masa rekod 100 meter beliau di padang olahraga di Kyoto, Jepun. – Reuters

pg24_150825_b

Dia hanya mula berlari ketika berusia 90an, kerana ramai rakan-rakannya yang dia sering bersama-sama ketika bermain mainan berpapan Jepun dikenali sebagai “Go” sudah pun meninggal dunia, menurut Guinness World Records.

Miyazaki, dikenali sebagai “Golden Bolt” kerana meniru gaya larian pemegang pingat emas lari pecut Olimpik Usain Bolt, dilaporkan pernah berkata dia terlalu kepingin untuk mendapatkan peluang mencabar lelaki terpantas di dunia itu, menurut Guinness World Records.

Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Miyazaki berkata dia berlatih setiap hari, makan secara sederhana dan mengunyah dengan tertib.

ARTIKEL YANG SAMA