Mizuki meninggal dunia

Mizuki meninggal dunia

TOKYO, 30 Nov (Reuters) – Artis manga dari Jepun yang memenangi anugerah, yang menceritakan semula cerita–cerita hantu tradisi dan menggambarkan kengerian Perang Dunia Dua membantu menggerakkan animasi menjadi populariti global, meninggal dunia hari ini pada usia 93 tahun.

Shigeru Mizuki, nama yang diminati di Jepun, adalah seorang penuntut seni apabila didrafkan pada 1942 dan dihantar untuk berjuang di New Guinea, di mana dia kehilangan lengan kiri dan menyaksikan babak–babak yang memburunya sepanjang hayat.

Muncul pada 1957, Mizuki meneruskan dengan menulis mangsa yang menceritakan pengeboman AS ketika zaman peperangan, kesukaran yang diterimanya dan rekrut tentera lain di bawah pemerintahan maharaja mereka ketika Perang Dunia Kedua, dan biografi Adolf Hitler.

Mizuki bersama isterinya Mura bergambar dengan Kitaro, watak utama siri manga seram beliau yang popular dengan judul ‘Gegege no Kitaro.’ - Reuters
Mizuki bersama isterinya Mura bergambar dengan Kitaro, watak utama siri manga seram beliau yang popular dengan judul ‘Gegege no Kitaro.’ – Reuters

Pada 1979, dia menggambarkan ‘The Darkness of the Fukushima Nuclear Reactor’ mengenai kehidupan pekerja di loji nuklear Fukushima yang dilumpuhkan akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac 2011.

Karya pada 1991 dalam majalah pendidikan menggambarkan penderaan zaman peperangan yang dilakukan oleh tentera –tentera Jepun di China dan Korea, termasuk satu babak di mana seorang tentera bermegah menguji pedang barunya ke atas ‘lima atau enam’ orang awam.

Tetapi beliau1 lebih dikenali bagi ‘Gegege no Kitaro,’ siri mangsa mengenai hantu budak lelaki yang menentang beberapa gergasi berdasarkan cerita lama Jepun yang dijadikan dalam siri animasi yang berjalan selama beberapa tahun.

ARTIKEL YANG SAMA