MKJB turut semarak Nuzul Al-Quran

MKJB turut semarak Nuzul Al-Quran

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 9 Julai – Bagi memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran, Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) telah mengadakan Majlis Ceramah Sempena Nuzul Al-Quran di Masjid RPN Kampung Pandan di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengetua MKJB, Awang Noorjemee bin Awang Jenek dan dihadiri sama oleh Timbalan Pengetua MKJB, Awang Emaran bin Haji Junaidi serta pegawai-pegawai maktab tersebut dan para pelajarnya.

Ceramah yang bertajuk ‘Al-Quran Mukjizat Teragung’ telah disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

Terdahulu di majlis itu, Awang Noorjemee dalam ucapan alu-aluannya, telah menekankan pentingnya aktiviti-aktiviti kerohanian seperti itu dijadikan amalan para pelajar maktab itu, selain menyeru agar aktif mengisikan masa terutama dalam waktu ECA dengan pelbagai kegiatan positif dan sihat seperti mengadakan kelab dikir, kelab tausyeh, nasyid atau lagu-lagu dakwah, forum ugama, diskusi ugama, sketsa keagamaan, mengaji dan belajar membaca Al-Quran di bawah bimbingan guru-guru ugama dan sebagainya.

Awang Noorjemee (tengah) dan Awang Emaran (kiri) bersama para hadirin yang lain di majlis itu.
Awang Noorjemee (tengah) dan Awang Emaran (kiri) bersama para hadirin yang lain di majlis itu.

Majlis itu kemudiannya diteruskan dengan majlis bertadarus, penyampaian sijil penghargaan aktiviti keagamaan serta penyampaian sumbangan derma kepada seorang pelajar maktab berkenaan dan diakhiri dengan menunaikan sembahyang Fardu Zuhur berjemaah di masjid itu.

ARTIKEL YANG SAMA