MKM bantu warga emas

MKM bantu warga emas

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah meneruskan kerja-kerja amalnya dalam meringankan bebanan mereka yang memerlukan dengan memberikan sokongan berterusan kepada seorang warga emas yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Limau Manis, baru-baru ini.

Awang Yaakub bin Serail, 81, telah menerima sokongan dan pengawasan daripada pihak MKM sejak beliau menjadi pelanggan MKM pada tahun 2011 bersama-sama dengan arwah isterinya, Dayang Jijah binti Mail, di mana pasangan tersebut telah tinggal bersendirian sejak 35 tahun yang lalu.

Menurut Naib Presiden 1 MKM, Dayang Nur Judy binti Abdullah berkata, Awang Yaakub merupakan klien pertama yang mendapat khidmat nasihat sah daripada MKM dan Klinik Nasihat semasa peguam sukarela MKM mengambil kes beliau di mahkamah berkaitan dengan pertikaian tajuk geran tanah tapak rumah beliau yang terbakar.

MKM juga telah mengaturkan pemindahan Awang Yaakub ke Kuala Belait, di mana anak saudaranya telah bersetuju untuk menjaga kebajikan dalam pengawasan rapat dengan pegawai kes MKM dan ini bermula pada 25 April 2016.

Rumah Awang Yaakub yang ranap dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini.
Rumah Awang Yaakub yang ranap dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini.

Dalam pada itu, orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan kepada Awang Yaakub bolehlah menghubungi Hotline MKM di talian 7146680 atau menghubungi ketua Kampung Pengkalan Batu.

ARTIKEL YANG SAMA