MKM bantu warga emas

MKM bantu warga emas

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) meneruskan bakti amalnya kepada mereka yang memerlukan sesuai dengan objektif penubuhannya dengan menyampaikan sumbangan kerusi roda Sukarelawan BLIA kepada seorang warga emas.

Menyempurnakan penyampaian kerusi roda kepada Hajah Zubaidah binti Haji Madin yang berusia 76 tahun itu ialah Naib Yang Di-Pertua II MKM, Haji Awang Hasbollah bin Haji Awang Damit.

Majlis penyampaian kerusi roda di bawah Projek Sejambak Kasih MKM itu telah diadakan di rumah Hajah Zubaidah sendiri di Kampung Sengkurong, di depan ahli keluarganya.

Haji Awang Hasbollah (kanan) bersama Hajah Zubaidah serta keluarga beliau pada majlis tersebut.
Haji Awang Hasbollah (kanan) bersama Hajah Zubaidah serta keluarga beliau pada majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA