MKM bawa keceriaan untuk 55 keluarga

MKM bawa keceriaan untuk 55 keluarga

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Golongan kurang berkemampuan di negara ini turut mendapat perhatian dari Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) melalui program “Sejambak Kasih” apabila 55 buah keluarga di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait menerima sumbangan berupa wang, beras dan makanan.

Mengetuai rombongan MKM ialah Presidennya, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Md Kassim.

Program kali keempat itu bertujuan untuk membawa kegembiraan buat keluarga yang kurang berkemampuan dalam sama-sama meraikan hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Makanan dan beras adalah sumbangan dari individu, penaja dan juga di bawah Skim Pengagihan Fidyah manakala sumbangan berupa kewangan adalah dari individu, sekolah DES dan sekumpulan rakan-rakan.

Wakil daripada MKM menghulurkan sumbangan wang, makanan dan beras kepada wakil keluarga Dayang Sintam binti Haji Mohammad.
Wakil daripada MKM menghulurkan sumbangan wang, makanan dan beras kepada wakil keluarga Dayang Sintam binti Haji Mohammad.

MKM berharap aktiviti sebegini akan dapat diteruskan dalam tahun mendatang dan mengalu-alukan lebih ramai lagi untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

ARTIKEL YANG SAMA