MKM hulur sumbangan untuk RAKK, Miri

MKM hulur sumbangan untuk RAKK, Miri

Oleh Hasrulraizan

 

MIRI, Sarawak, 6 Julai – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) meluaskan jangkauan amalnya apabila menyeberang sempadan ke Miri, Sarawak untuk menyampaikan sumbangan derma MKM ke Rumah Anak Kesayangan Kami (RAKK), Miri, Sarawak.

Projek Sejambak Kasih MKM Merentas Sempadan ke Miri, Sarawak, Malaysia berkenaan telah dijayakan oleh sekumpulan Ahli Jawatankuasa MKM.

Sebelum ini MKM baru saja menyampaikan sumbangan Sejambak Kasih MKM kepada 55 buah keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar di bawah khidmat nasihat guaman MKM di keempat-empat daerah di negara ini.

Projek Sejambak Kasih MKM yang telah dilancarkan secara rasminya pada 14 Februari 2015 oleh Yang Dipertua MKM, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim itu merupakan aktiviti sepanjang tahun MKM sebagai sebahagian daripada hasrat murni MKM bagi membantu meringankan beban para penerima seluruh negara.

Para AJK MKM bersama penghuni-penghuni Rumah Anak Kesayangan Kami (RAKK), Miri, Sarawak.
Para AJK MKM bersama penghuni-penghuni Rumah Anak Kesayangan Kami (RAKK), Miri, Sarawak.

ARTIKEL YANG SAMA