MKM lawat Penjara Jerudong

MKM lawat Penjara Jerudong

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Rombongan Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) terdiri daripada ahli eksekutif dan ahli-ahlinya baru-baru ini mengadakan lawatan ke Penjara Jerudong.

Rombongan dialu-alukan oleh warga Penjara Jerudong dan diberikan taklimat oleh salah seorang pegawai, Awang Zulhemi. Selepas itu, mereka dibawa melawat replika penjara dan replika penjara banduan menerima hukuman mati, serta menyaksikan demonstrasi sebatan.

Rombongan juga ditunjukkan kerja-kerja tangan yang dihasilkan oleh para banduan di bilik pameran mini.

Lawatan bertujuan mengetahui keadaan sebenar di penjara, mengetahui bahawa Jabatan Penjara juga memberikan bantuan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan seperti ke mana mereka perlu mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi kerajaan.

Rombongan MKM bergambar ramai di Penjara Jerudong.
Rombongan MKM bergambar ramai di Penjara Jerudong.

ARTIKEL YANG SAMA