MKM sumbang kerusi roda

MKM sumbang kerusi roda

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Penerima bantuan Program Sejambak Kasih, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) 2015, Haji Ahmad bin Jair, kelmarin telah menerima satu unit kerusi roda daripada MKM.

Menyampaikan sumbangan kepada warga emas berusia 95 tahun berkenaan adalah wakil peribadi Yang Dipertua MKM, Datin Paduka Hajah Intan iaitu Naib Yang Dipertua III MKM, Haji Awang Hasbollah bin Haji Awang Damit.

Menurut Haji Awang Hasbollah, Haji Ahmad yang mengalami masalah urat saraf sehingga menyukarkan pergerakannya itu telah memohon bantuan kerusi roda kepada MKM melalui Khidmat Guaman dan Nasihat, MKM.

Penyerahan sumbangan kerusi roda berkenaan telah diadakan di rumah Haji Ahmad yang terletak di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lambak Kiri, Berakas.

Haji Ahmad duduk di atas kerusi roda yang diserahkan oleh Haji Awang Hasbollah di kediamannya.
Haji Ahmad duduk di atas kerusi roda yang diserahkan oleh Haji Awang Hasbollah di kediamannya.

Program Sejambak Kasih yang telah dilancarkan secara rasminya pada 14 Februari 2015 yang lalu merupakan aktiviti sepanjang tahun MKM sebagai sebahagian daripada hasrat murni MKM bagi membantu meringankan beban para penerima seluruh negara.

MKM mengalu-alukan para dermawan yang ingin menghulurkan apa juga bentuk bantuan dan sumbangan supaya menghubungi MKM di talian 8770312 ataupun menghantar e-mel ke alamat mkm-brunei@yahoo.com.

ARTIKEL YANG SAMA