MKM sumbang wakaf

MKM sumbang wakaf

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Sempena kedatangan Awal Tahun Hijrah 1437, Jawatankuasa Tertinggi Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah menyampaikan wakaf berupa barang dan peralatan kegunaan masjid kepada Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.

Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri menerima wakaf bernilai $2,061 daripada Naib Yang Di-Pertua MKM, Haji Awang Hasbollah bin Haji Awang Damit.

Majlis penyampaian tersebut berlangsung di Dewan Utama Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah. Turut hadir ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid merangkap Ketua Imam Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Haji Symsul Nizam bin Haji Badar dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Haji Awang Hasbollah (dua dari kanan) menyampaikan wakaf MKM kepada Haji Amir Hisham.
Haji Awang Hasbollah (dua dari kanan) menyampaikan wakaf MKM kepada Haji Amir Hisham.

ARTIKEL YANG SAMA