MMN agih daging korban

MMN agih daging korban

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat melalui Badan Kebajikan dan Sukan hari ini tidak ketinggalan mengagihkan daging korban kepada yang berhak menerimanya dalam majlis ibadah korban yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis.

Hadir menyampaikan agihan daging korban ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar yang turut menyampaikan agihan daging korban kepada pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

Majlis turut diserikan dengan laungan takbir Hari Raya.

Salah seorang peserta ibadah korban menerima agihan daging korban yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman.
Salah seorang peserta ibadah korban menerima agihan daging korban yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA