MMN ingati Maulidur Rasul

MMN ingati Maulidur Rasul

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dan menghayati perjuangan baginda menegakkan syiar Islam, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari ini mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1437H anjuran Badan Kebajikan dan Sukan jabatan itu di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Di-pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib. Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar dan ahli-ahli MMN.

Majlis turut diserikan dengan ceramah khas bertajuk Menghayati Sunah Rasullullah yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Dr Andus Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tausyeh oleh pelajar-pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

pg03_160108_d